Alahai.. cepat betul masa.. Ahad ni.. anak bujang dah nak masuk empat tahun.. rasa macam baru jek beranakkan si zahirul..

Pencapaian terbaik sepanjang hidup..

dia umo 3 tahun.. dah praktis x pakai pampers kecuali tido jek... sekarang ni sejak 3 bulan lepas.. dah diapers free termasuk malam...

pastu umo 2 1/2 sampai sekarang minum susu pakai drinking cup.. selamattt.. dah x hisap botol.. malu jugak bila dah besar still minum susu ngan botol..

pandai dah tekan astro channel 613.. arghhhh.. tensi aku.. asik katun jek manjang... sampai semalam dok bergaduh ngan papa dia.. sorang nak tgk berita.. sorg nak tgk disney jr.. hamekkk.. mama x campur...

Ahad lepas.. masa aku dok menggosok baju sekolah dia kat bilik-bukan-master-bedroom.. dia nag kimi sibuk jugak kat situ dok main lompat2 katil... hangin betul haku... sekali marah.. dok la diam barang seminit.. pastu dok meroyan lompat katil balik...

pastu si zahirul dok tanya aku..

Zahirul "mama, ni katil sape"
Mama "katil zahirul la.."
Zahirul "owhhhh.. zahirul punye kan?? bukan kimi punye" <--- bajet nak mendengki ngan adik ada je...
Mama "takpe la.. zahirul sama kimi.. sama-sama"
Zahirul "nanti zahirul nak tido sini boleh ke?"
Mama " boleh... betul ke zahirul nak tido sini?"
Zahirul " Nakkk.. nanti mama beli air cond ek"
Mama "Haahh.. tu mintak kat papa ko ek.."

Aku ingat dia main2 jek.. malam tu bila ajak tido kat bilik aku.. dia tak nak.. nak tido kat bilik sebelah.. aku pun layan jek la....

Esok pulak (malam tadi).. dah dua malam dia tido kat bilik sebelah.. takde pulak bangun malam carik aku.. biasanyer sebelum ni diorg dok tido kat toto dalam bilik aku.. malam2 jadik ju-on merayap naik katil nak tido sebelah mama..




Hah.. terbongkang tido..
dah dua malam tido sini.. alhamdulillah.. tak jatuh katil pon..



kimi pulak aku bentang toto.. dia tido bawah..
malam tadi sibuk dia nak cakap ngan aku dalam gelap
Kimi "mama tanakkk.. kimi nak tido bilik mama"
mama "takpe la.. mama tido ngan kimi kat sini k.."
lepas dia terlelap.. aku pun cau-cin-cau dr bilik tu..

pagi tadi zahirul request nak mandi bilik air kat bilik tu..
bagus.... maybe petanda dia dah takmo dok sebilik ngan kitorg..
alhamdulillah.. senang kerja.. x payah susah nak pisahkan bilik tido.. sendiri yg nak..

cakap ngan en.suami..
kalo dah seminggu dua dia dok tido bilik tu.. nanti pasangkan la air corn kat bilik tu..
pastu weekend ni aku nak kemas sket bilik tu.. deko ngan wall paper yg dapat hadiah masa dia sport day..



Labels: edit post
12 Responses
  1. bujal X Says:

    syabas boy!

    *jangan lupa mintak abah tv LED 42 inici dengan ps3 serta astro beyond HD!

    keh keh~


  2. kak..untung zahirul nak tido kat bilik sendiri dah... tp mungkin sbb dia lelaki n ada adik teman kot.. syfqah lansung xmau..rugi je deco bilik dia cantik2.. alasan dia... "kakak takut".."ada hantu"... tp agaknyer kalau letak aircond sebijik kat bilik tu maybe dia tido kot...hehe


  3. DrSinga Says:

    yeayyy!!!!

    berdua juga ahkirnya!!

    kata mama dan papa mereka


  4. aleen aiden Says:

    sama dgn anak buah alin.part tengok katun memanjang tu yg xbrape nak gemor tu.hi3


  5. anak bujang mak sudah besar! sudah pandai!

    selamat berpuasa yang!


  6. .:nhalilah:. Says:

    bujal..

    tv LED??? haah.. bilik mak dia pon xde.. jgn harap aku nak suggest kat bapak dia... (dgn anak pun nak dengki..) kikikiki...


  7. .:nhalilah:. Says:

    iela fazilah,

    tu la.. dia sendirik jek...


  8. .:nhalilah:. Says:

    Dr. Singa..

    yeeeaaayyy!!!!!!!!!!!!!!


  9. .:nhalilah:. Says:

    Aleen..

    terpaksa.. kang memekak sakit telinga nak dengar...


  10. .:nhalilah:. Says:

    Kak ti,

    tu la kan... dah besar dah.. xmo tido ngan mama dah...


  11. cam mana ngan anak cik ina 6 tahun tak nak tidur sendiri. masuk darjah satu kena paksa ni. seronok tengok budak tidur.


  12. .:nhalilah:. Says:

    cik ina,

    saya terpikir2 jugak kalo tak mmg kena paksa..