Salam..
Kali ini nak abadikan kenangan percutian tahun 2013 kat belog yg suam2 kuku ni.. hahaha
Kami memilih untuk bercuti ke Krabi Thailand.. orang lain sibuk beropen house kitorg dah abis mood raya.. hahhaha.. kami ke krabi 4 hari 3 malam dari 16 Aug hingga 19 Aug
Sawadee kap...

mostly semua arrange sendirian berhad, dr tiket flight, hotel, dan juga trip n xtvt kat sana..
untuk ke krabi, HANYA air asia je yg ada direct flight.. so terpaksa la kami berjemaah ke LCCT. Lama gile aku tak ke LCCT sblm 2-3 tahun ke belakang mostly naik mas atau firefly. dah macam puduraya zaman tahun 90an aku tengok LCCT ni. Cuma passanger naik flight tak naik bas je..

peringatan: entry ni ada byk gambar.. sila sediakan besen kot muntah.. kalu muntah tu tanggungjawab sendiri yek. abis tu camne? gambar yg ada dekat 600 keping.. hahaha.. tak hengat dunia amik gambar.. 





 duduk lepak kat tepi-tepi koridor LCCT.. takde kerusi langsung.. sampai 2 jam awal dr depature..


hoyeee... sudah take off.. anak2 ok je naik flight, tak meragam pun.. cuma zahirul sibuk lapar-lapar-lapar.. aku dah pre order nasik lemak pak nassir, spageti, nasik goreng.



sampai kat Ao Nang, kami beli daily tour pakage..
Ni nama dia talib, ok la.. boleh cakap kelantan.. so senang nak communicate.. kami beli 2 pakej, island hopping and natural trekking package.
transport tak payah risau sebab ada pick up and transfer to and fro hotel.


budak2 ni aku siap2 kan pakai swimming suit. budak lelaki senang je.. takde hal pakai baju mandi terus. aku pun pakai baju mandi terus. Swimming suit muslimah hokey.. jangan nak imagine yg lain.. hahaha. pastu aku pakai la t shirt besar kat luar.. trip kali ni dr rumah, naik flight sampai balik aku pakai selipar asadi je.. senang..


naik speed boat. ni check point untuk island hopping.


Pulau pertama: Koh Poda
Canteeeekkkkkk....


Ada shooting filem hindustan la pulak.. dok bergolek2 kat pasir.. hahah.. tengok sekejap je. sebab anak2 aku dah tak sabar nak terjun laut..


budak2 ni aku pakaikan life jeket. even tho' diorg pandai berenang.. tapi jarang berenang kat laut. karang dok berpaut kat aku je.. hoi.. mama ko ni pun nak jugak snorkelling tengok ikan nemo tuuu..


lepas snorkelling, naik balik speed boat. kami nak pegi pulau yg lain..
sempat en.zaidi beli jagung setongkol.. share dua badik ni..


Chicken island..
memang bentuk macam ayam..


berhenti kat tengah-tengah laut, pastu terjun snorkelling..
best!


Budak2 masa ni duduk kat dalam boat. sebab mama ngan papa nak snorkelling.. hahha.. feeling honeymoon...


masih di tempat yg sama..


tempat yg sama jugakkk..


Tup Island
berhenti makan kat sini. Food memang disediakan dalam pakej daily tour. tp make sure korang mintak makanan halal.


Dari tempat makan sila la berjalan kaki ke pulau depan nu.. melalui beting pasir..

wah.. subhanallah.. sgt best dan cantik.. air laut paras betis je.. papa dah ke depan.. aku memang kena jalan slow sket sbb jalan ngan budak2 ni..


nak bergambar ngan long tail boat.. air sgt jernih kan..


tak tahu nak letak caption apa..
subhanallah..




main pasir.. mandi laut.. baring-baring.. main pasir.. mandi laut..


sila la nikmati permandangan yg cantik ni..


cubaan untuk ambik gambar melompat.
lambat.. dah nak mendarat..


hah.. yg ni jadik.. tp lain kali kena lompat tinggi sket.


kat situ ada gua.. yg ada patung buddha baring.. aku tak amik gambar sbb jalan ke arah sana sambil2 mandi laut.. ko tengok budak kecik yg pakai life jeket tu.. tu dak zahirul.. aku biar je budak2 ni nak berlari ke.. nak bergolek ke.. nak baring ke.. 






tak boleh nak lambung zahirul tinggi2.. berat dak zahirul ni..

eh.. dah abis.. ok ni day trip ke pulau.. next day trip natural trekking pulak.. kalau sempat la..
till meet again..

 Salam Lebaran buat semua..
taqaballahu minna wa minkum
"May Allah accept it from you and me"


tahun ini kami sekeluarga beraya di Shah Alam. Adik beradik en.suami akan berkumpul di rumah selepas solat raya memandangkan MIL dah kembali ke rahmatullah. So, tugasan aku ialah memasak juadah raya. Ini je yang mampu. maklum la.. masak sorang-sorang.. 

menu: nasi impit (masak lepas sahur), lemang (beli aje..), spagetti, kuah kacang special (i used almond, cashew nut and walnut.. perghh most expensive kuah kacang! thats because en. suami can't eat peanut), rendang ayam pencen, kuah laksa johor.

 Jom layan gambar raye..



alolo.. comey nyer.. pastu si kenit ni hilangkan songkok!! syabbas betti!!

 dak zahirul..









beraya rumah jiran sebelah.. kami sama tak balik kampung.. balik kampung anak.. hakhakhak.. iye la, anak lahir kat bandar..

Alhamdulillah.. sedara-mara, ipar duai dan kengkawan en.suami datang rumah tak putus-putus sampai pukul 9pm.. perghh.. penat.. sume makanan habis..


Raya kedua

jam 4.30am dah berdesup balik kota tinggi. Jam 8.30am dah terpacak depan rumah mak..


gambar famili johor
tahun ni kami bergambar outdoor..



Kami adik beradik..

Selamat hari raya aidilfitri
Taqaballahu minna wa minkum!



 Salam..

Ni kejadian minggu lepas.
Freezing rain.. At first I thought, hujan batu.. rupanya lain sket freezing rain yg berlaku kat sini.
Hujan macam biasa, cuma bila air hujan jatuh kat mana2... kat pokok, kat daun, or kat signboard.. air hujan akan freeze.. Subhanallah.. sangat cantik.. dah la baru lepas winter.. pokok byk yg takde daun.. so, sume coated dengan ais.. macam crystal tree.

masa ni tak pergi ofis sbb surface jalan mostly coated with ice.. and licin dan boleh jatuh.Tak pergi ofis sbb

immediate supervisor kata "owh, halilah, based on weather forecast, tomorrow will be freezing rain. That is nasty weather. No need to come to the office, work from home"
Halilah " really? will it be very bad? ok. I'll work from home"
hahaha.. padahal dalam kepala.. "hurmmm, work from home.." memang aku work from home but I am working on something else.. hahahaha.. plus sleeping. sedap weii tido sejuk2..


gigih aku amik gambar.. beku jari-jemari... 

yang ni kat office. ni pun byk dah cair sbb hujan dah berhenti and dah petang.

a few info regarding freezing rain.

Freezing rain is the name given to rain that falls when surface temperatures are below freezing. Unlike rain and snow mixed, ice pellets, or hail, freezing rain is made entirely of liquid droplets. The raindrops become supercooled while passing through a sub-freezing layer of air many hundreds of feet above the surface, and then freeze upon impact with any object they encounter.

source: wiki

ni pulak sunset (yg tak berapa nak sunset) kat belakang rumah supervisor



Jumpa lagi..





 Salam

hari sabtu yang lepas, kawan sekelas masa degree dulu bawak pergi ke Maple Syrup festival di Elmira, Waterloo. This is the only maple syrup festival in the world (Canada punye logo kan maple leaf, so here is the origin, the best of the maple syrup). Festival ni once a year, usually during early spring. Cuma spring kali ni kat sini masih lagi sejuk, matahari pun macam malu-malu nak tunjuk muka, bunga pun belum berputik lagi.

So, me, my friend si Firdaus and one of undergrad student Afzym (dia ni kelakar betul.. blur-blur gitu..) went there by bus. Sampai kat sana terjumpa dengan 2 family Malaysia dari Guelph. So kitorg pun join jalan sekali.

Maple syrup festival are full with a lot of activities, a barn that full with aminals. If bawak anak2 best la masuk tengok kambing, lembu, b*b* pun ada. Nama barn tu ialah Old McDonald Farm. tapi kitorang tak masuk pun sebab.. bau dia.. Subhanallah.. dr luar pun dah semerbak, apatah lagi masuk dalam. pastu ada banyak la gerai2 jual makanan, country type of home decoration and of course maple syrup!

 1st thing yang kitorg serbu ialah pancake! 
kena beratur tu, beli ticket $5.50 untuk double pancake with drink
punyer la beratur panjang..


lepas bayar ticket, beratur lagi untuk ambil pancake tu..
 

here is my friend, Firdaus. And Dila (she from Guelph)
 

tu dia, hot pancake!


Sabar ye tunggu.. jap lagi dah siap masak diorg akan pass kat pinggan. Pastu kat depan sket ada org tunggu utk curah maple syrup. Rupanya, tak abis pun amik double pancake tu sebab dia besar. Tu la, tamak..huhu

Ok, sampai sini je..
*gambar pancake aku? ada kat camera tapi malas nak download masuk laptop. layan gambar hp je..*

lepas makan pergi Sugarbush, tempat diorg proses maple syrup.. siap naik truck lagi.. tapi gambar ada kat camera. if rajin aku up dalam belog.






 Assalamulaikum
agak lama betul meninggalkan dunia blogger ini..
whoa.. last update, last year!! kesian betul..



Ini pun short update sebab otak agak beku kesejukkan..
tak boleh pikir and need a break

kejadian pagi tadi.
Snow shower in spring!!
gegeggege.. ketar.. sejuk..
maka, amat bersyukur dengan sedikit panas di tanah air.
iye la.. kalo dua puluh empat jam sejuk bukan la best pun. Duduk berteleku depan heater.

p.s: nak masukkan bekal nasi, ayam berlada dan sayur dalam ketuhar gelombang mikro. 

Selamat menjamu selera mata

Labels: , 1 comments | edit post