Salam..
Kali ini nak abadikan kenangan percutian tahun 2013 kat belog yg suam2 kuku ni.. hahaha
Kami memilih untuk bercuti ke Krabi Thailand.. orang lain sibuk beropen house kitorg dah abis mood raya.. hahhaha.. kami ke krabi 4 hari 3 malam dari 16 Aug hingga 19 Aug
Sawadee kap...

mostly semua arrange sendirian berhad, dr tiket flight, hotel, dan juga trip n xtvt kat sana..
untuk ke krabi, HANYA air asia je yg ada direct flight.. so terpaksa la kami berjemaah ke LCCT. Lama gile aku tak ke LCCT sblm 2-3 tahun ke belakang mostly naik mas atau firefly. dah macam puduraya zaman tahun 90an aku tengok LCCT ni. Cuma passanger naik flight tak naik bas je..

peringatan: entry ni ada byk gambar.. sila sediakan besen kot muntah.. kalu muntah tu tanggungjawab sendiri yek. abis tu camne? gambar yg ada dekat 600 keping.. hahaha.. tak hengat dunia amik gambar.. 





 duduk lepak kat tepi-tepi koridor LCCT.. takde kerusi langsung.. sampai 2 jam awal dr depature..


hoyeee... sudah take off.. anak2 ok je naik flight, tak meragam pun.. cuma zahirul sibuk lapar-lapar-lapar.. aku dah pre order nasik lemak pak nassir, spageti, nasik goreng.



sampai kat Ao Nang, kami beli daily tour pakage..
Ni nama dia talib, ok la.. boleh cakap kelantan.. so senang nak communicate.. kami beli 2 pakej, island hopping and natural trekking package.
transport tak payah risau sebab ada pick up and transfer to and fro hotel.


budak2 ni aku siap2 kan pakai swimming suit. budak lelaki senang je.. takde hal pakai baju mandi terus. aku pun pakai baju mandi terus. Swimming suit muslimah hokey.. jangan nak imagine yg lain.. hahaha. pastu aku pakai la t shirt besar kat luar.. trip kali ni dr rumah, naik flight sampai balik aku pakai selipar asadi je.. senang..


naik speed boat. ni check point untuk island hopping.


Pulau pertama: Koh Poda
Canteeeekkkkkk....


Ada shooting filem hindustan la pulak.. dok bergolek2 kat pasir.. hahah.. tengok sekejap je. sebab anak2 aku dah tak sabar nak terjun laut..


budak2 ni aku pakaikan life jeket. even tho' diorg pandai berenang.. tapi jarang berenang kat laut. karang dok berpaut kat aku je.. hoi.. mama ko ni pun nak jugak snorkelling tengok ikan nemo tuuu..


lepas snorkelling, naik balik speed boat. kami nak pegi pulau yg lain..
sempat en.zaidi beli jagung setongkol.. share dua badik ni..


Chicken island..
memang bentuk macam ayam..


berhenti kat tengah-tengah laut, pastu terjun snorkelling..
best!


Budak2 masa ni duduk kat dalam boat. sebab mama ngan papa nak snorkelling.. hahha.. feeling honeymoon...


masih di tempat yg sama..


tempat yg sama jugakkk..


Tup Island
berhenti makan kat sini. Food memang disediakan dalam pakej daily tour. tp make sure korang mintak makanan halal.


Dari tempat makan sila la berjalan kaki ke pulau depan nu.. melalui beting pasir..

wah.. subhanallah.. sgt best dan cantik.. air laut paras betis je.. papa dah ke depan.. aku memang kena jalan slow sket sbb jalan ngan budak2 ni..


nak bergambar ngan long tail boat.. air sgt jernih kan..


tak tahu nak letak caption apa..
subhanallah..




main pasir.. mandi laut.. baring-baring.. main pasir.. mandi laut..


sila la nikmati permandangan yg cantik ni..


cubaan untuk ambik gambar melompat.
lambat.. dah nak mendarat..


hah.. yg ni jadik.. tp lain kali kena lompat tinggi sket.


kat situ ada gua.. yg ada patung buddha baring.. aku tak amik gambar sbb jalan ke arah sana sambil2 mandi laut.. ko tengok budak kecik yg pakai life jeket tu.. tu dak zahirul.. aku biar je budak2 ni nak berlari ke.. nak bergolek ke.. nak baring ke.. 






tak boleh nak lambung zahirul tinggi2.. berat dak zahirul ni..

eh.. dah abis.. ok ni day trip ke pulau.. next day trip natural trekking pulak.. kalau sempat la..
till meet again..

Labels: , edit post
3 Responses
  1. kak besntyer... blk mesti hitam legam kan...xsabar nak tunggu next certia


  2. nhalilah Says:

    alhamdulillah.. mmg best. pakai sunscreen lotion.. tak sunburn pun..