Showing posts with label breastfeed. Show all posts
Showing posts with label breastfeed. Show all posts
It was so scary when I'm expressing my milk today..
suddenly I get this....
sgt terkejut..

blood coming out from my left boop..

At first, I thought I was reflection from my baju kurung.. (that day, coincidently I'm wearing red baju kurung..) then I realize It was not.. Its totally blood.. Checking here and there.. no cut or whatever.. so I'm assuming it probably from internal..

Then I stopped for a while.. change to new bottle.. luckyly no more blood coming out.. Alhamdulillah.. if not.. tak pasal hakimi jadik raja bersiung.. huhu..



aii.. skrg ni suka benar isap jari.. tak cukup susu ke? ataupun sekadar sucking satisfaction??

Semalam.. aku bangun sgt2 awal.. around 3.30am, Zahirul was merengek2 dlm tido.. so, bangun.. baring sebelah dia.. tepuk2 then ngan aku sekali tertido.. pastu pukul 5 am Hakimi pulak bangun.. pegi plak kat Hakimi (dia tido kat atas katil in between me n hubby) Bf kan dia.. pastu bila dah kenyang.. takmo tido la pulak.. nak ajak bercakap.. hu..ha..hu..ha.. okey la.. layan Hakimi cakap2.. even tho' mata aku ni cam separuh terbukak.. then I continued breastfeeding him until he fall as sleep.. at that time, it was around 6am..

Hubby pun dah bangun nak siap2 keje.. After solat, hubby told me to continue sleeping bcoz he saw I was like pening2 lalat.. mata merah.. thanks dear coz concern about me.. I wish can have extra sleeping time to ganti masa2 yg tak cukup tuh.. I wish.. but, that day mmg cannot. Big no-no.. Yesterday, I have to bring Hakimi to the clinic to 2 mths check up n injection.. before that, have to sent Zahirul to taska.. Lepas siap2kan Hakimi.. Zahirul aku tak mandikan dia.. sbb tak sempat.. mandi kat taska ye Zahirul.. pack barang2.. at 7.40am baru kuar umah.. Turun dr umah.. sebelah tgn pimpin abang.. lagi satu tgn dokong adik.. belakang badan ada 2 bagpack.. 1 for zahirul.. another 1 is mine.. (sejak ada anak ni sgt2 malas pakai handbag.. pakai bagpack senang nak sumbat segala macam barang.. especially the kid's things.. huhu)

Arrived at Klinik Kesihatan Seri Kembangan dalam pukul 8.15am.. Hakimi tido.. malas nak guna stroller sbb umat manusia yg ramai akan myebabkan sgt2 susah n sukar utk manuver ke sana sini.. dokong lagik senang.. (masa ni terasa pulak nak beli baby carrier atau sling.. hah.. mula la xtvt nak perabiskan duit tu.. huahuahua..) aku dapat no 2028.. means giliran yg ke 28.. ok.. not bad.. bila Hakimi dah mula bangun.. sbb suasana yg agak bising.. aku pun masuk kat bilik menyusu.. utk bf dia.. bagus la ada bilik khas utk bf ni.. cuma.. yg hazabnyer.. bilik ni cam dok dlm oven 200 darjah celcius.. panas sgt2.. kipas siling yg dah rosak sejak berabad lamanyer tak diorg betulkan.. aircond ada.. tp tak boleh on.. (anggap la sekadar hiasan di dinding..) berpeluh2 si kecik tu bf.. mak2 lain yg bfkan baby diorg kat situ masing2 tangan dok mengipas anak2 ngan buku n etc.. termasuklah aku.. eiii.. sgt hazab okey.. Klinik ni last month masa aku dtg diorg tgh buat ISO evaluation.. camne la diorg boleh dpt ISO ni?? tak mesra pelanggan betul la..

Snap this pic before we are leaving to the clinic..
sempat lagi mama nak amik gambo saya ye..

Lepas bf aku pun cepat2 kuar dr bilik tuh.. nak dok kat luar.. kunun2nye nak carik port kat bawah kipas.. tempat duduk sgt2 penuh.. kalo mak2 yg bawak anak.. wanita mengandung.. aku tak kisah la kalo aku kena berdiri.. ni tak.. ngan para2 suami yg meneman isteri yg mengandung pun dok melepak sama.. lagik satu, kalo orang 'cha.. alif.. nun.. alif' diorg ni suka dtg ngan suami... (ok la still acceptable) pastu mak diorg pun sure ikut sama.. (kunun2 excited nak hantar cucu pi check up..) wallaweii... korg ni kan meramaikan umat manusia la kat klinik yg sempit tu.. dah jadik cam sardin taw.. para suami.. bukan tak boleh ikut... boleh.. aku pun suka kalo hubby aku dtg sama.. (even tho' aku kdg2 suka buat sendirik.. independent la kata kan.. perasan!!) tp kasi can la kat mak2 yg bawak baby.. pompuan mengandung duduk.. korang duduk la kat luar.. or berdiri.. ini tak.. korg yg memenuhkan kerusi2 tu taw.. kalo aku still ok lagik la nak berdiri sbb mendukung Hakimi aku tak rasa berat sgt berbanding dukung Zahirul yg bambam dulu.. tp semalam aku ada sorg mak tu dtg ngan baby 5 bulan yg sgt2 montel.. n sihat.. tp dia tak larat nak dokong anak dia.. ye la.. anak dia tu dah 10 kilos.. (ni aku tau sbb tanye mak dia masa sembang2..) takde baby carrier atau stroller.. muka cam tensen je kena diri dokong anak sbb takde tpt nak duduk.. Tu la.. kdg2 org kita ni tak berapa nak concern benda2 camni..

Berat zahirul bertambah.. dah 5.1kg.. ok.. good.. (aku suka.. sbb adalah sorg manusia tu kata kalo tak campur formula milk anak tak cukup susu.. see.. from 3.8kg to 5.1kg within 1 month.. okey hape..) check up pun ok.. pastu cucuk.. menangis sekejap je.. (good boy u r strong.. like auntie Yuzie said.. bcoz of 'the wonder milk'..) then amik ubat demam.. kot2 la demam lepas cucuk.. then settle.. klinik kerajaan ni.. kalo tak dok lama kat situ mmg tak sah.. paling2 cepat mesti 2 jam.. tghari dalam pukul 11.30 baru balik.. Hakimi sampai tertido kepenatan.. alaaa.. sianyer anak mama..

Balik hantar hakimi ke taska Zahirul sbb aku kena pi opis utk meeting praktikal exam.. sedey okey.. sbb 1st time tinggalkan dia.. bekalkan beberapa botol EMB.. petang tu dalam pukul 2pm my breast engorge.. argghhh.. sakitnyer.. Thank God bawak breast pump.. balik amik both kids dah pukul 6.30pm.. sampai umah bagi potato wadges kat Zahirul.. air rebina..on tv.. bukak katun.. (ini adalah umpan utk zahirul supaya dia dok diam2.. hehehe.. kalo tak nak membuas aje..) then grab hakimi utk bf dia.. masa tu breast tgh engorge.. at that time.. I wish if I'm a full housewife sgt2 senang bf baby.. kan? tp kalo jadik housewife.. gaji yg ada skrg ni nak la tiap2 bulan masuk akaun.. huhu.. abang.. boleh ke cenggitu?? hehehe..



Abang Zahirul yg tgh tido.. suka cium dia masa tgh tido.. muaahhh..



Hakimi dah 49 hari.. means that's lagi seminggu lebey nak masuk kije.. adoyaaiii.. malas betul la.. tu la coti lelama ni mmg la rasa cenggitu.. huhu..

minggu lepas, the whole week aku cuba la train hakimi utk bottle feeding.. takut plak susah nak minum pakai botol bila aku masuk keje.. bagun pagi aku bagi EBM yg dah aku suamkan tu try bagi dia.. haiyooo.. hakimi ni mmg dah sedap bf.. melalak tamaw isap botol.. memula tu isap sikit.. tak sampai beberapa saat dia mula cranky.. aku keraskan hati jugak takmo direct bf.. suakan jugak puting botol tu.. siap aku beli botol avent.. konon2nye teat avent tu ala2 breast nipple.. hampas.. melalak.. sampai tersedu2 tamaw isap botol.. then, aku pamperkan hakimi.. bila dah okey aku try balik semula.. sama gak cam tadi.. mula cranky bila sedar yg dia isap tu botol susu.. haiyooo.. bila aku tak tahan tgk hakimi cranky camtu.. merayu2 nak bf.. aku pun bf la hakimi tu.. adoyaiiii.. aku terkantoi lagik.. tak menjadik bottle feeding training aku..

esoknyer.. as usual aku cuba cam semalam.. dan sekali lagik aku terkantoi.. camne la nak tinggal lagik seminggu lebey ni.. kdg2 tu salah aku gak sbb tak cekal hati.. hubby kata... kena bagi gak botol.. kalo tak sgt2 susah bila tinggal pi keje besok..

lusanya.. aku cuba gak.. n sekalli lagik aku terkantoi.. tak tahan tgk hakimi merengek2 nak bf.. aku mengalah.. begitu gak hari2 seterusnya hinggalah hari ni pun aku kantoi ngan training hakimi..

lagi satu masalah aku.. hakimi ni sgt2 suka 'gantung' n nap nurse.. so, bila aku bottle feeding, hakimi jadik sgt susah nak lelapkan mata.. puas aku tepuk.. dodoi.. susahnye nak tido.. end up ngan aku sakit tangan sbb dodoikan dia kdg2 tu hampir sejam baru lelap..

Harap2 esok aku sgt2 cekal utk bottle feeding hakimi.. bila lepas pukul 6pm baru boleh bf dia.. insyaAllah..

Hakimi.. please be cooperative.. its for your own good dear..