As Salam..
sambung cerita krabi yg tak abis lagi.. banyak lagik ni.. ada la dalam 2-3 part lagi.. mampu ke nak menengok? if tak mampu then rasa menyampah.. sila la tekan butang pangkah.. hahahaha..

So far, holiday kali ni en.zaidi rasa sgt puas hati sbb ia berkonsepkan lite and easy.. trip and arrangement sume buat sendiri. so kami suitkan dengan keadaan famili yg ada dua budak yg baik ni.. iye la.. bawak budak2 or toddlers ni kena plan betul2.. kang diorg terlalu penat ke pastu buat perangai.. mmg spoil la program.. so kite lite-lite je.. yg penting happy



Pagi-pagi dah bergomol.. happy la tu.. mana tak happy.. balik island hopping hari sebelum.. pegi makan.. pastu balik hotel, pukul 8.00pm aku dah perambat dua badik ni tido..
Korang cukup tido kan? senang kita nak berjalan hari tu..

Krabi ni, bagi aku dikurniakan Allah dgn bumi yg cantik.. ada pantai yg cantik.. pulau-pulau.. then ada juga hutan, sungai dan air terjun yang cantik..

So? apa aktiviti?
Natural trekking



kami naik van dgn tourist yg lain untuk ke...




Hot Spring waterfall
which is 1 jam dari Ao Nang Krabi



Sampai je kami dibrief oleh tourist guide. Kena jala kaki ke dalam lebih kurang 500m



en. zaidi dah ke depan. dok bersembang dgn tourist dr NZ.. kami bertiga terkedek-kedek kat belakang.. maklum la.. langkah budak2 ni pendek..





Subhanallah...
macam jeram tapi air dia panas..

"Cepat kimi.. cepat zahirul.. best dalam ni.."


kalau tak tepi gigi air.. air dia suam-suam kuku je..


abaikan glittering effect tu.. aku saja je nak test effect glittering kat kawasan air.. tak lawa pun gambar.. nak upload gambar lain malas..


"huhu.. best mama.. rugi mama tak mandi.."
haah.. aku tak mandi pun.. aku celup2 kaki je.. malas aku nak basah2 ni.. sbb lepas ni nak pegi tempat lain pulak. kalu pompuan mat salleh tu bukak baju, pakai 2 pieces bikini.. then lap-lap badan pakai balik baju..

ok next pitstop.


Emerald pool


Jeram plus kolam
kat atas tu pool.. the air mengalir macam sungai..
memang sangat jernih.. kalah janda baik.. kalah sungai congkak..

sangat terjaga dari segi 'natural'nya..
selepas pintu gerbang selamat datang.. kami hanya dibenarkan jalan kaki je.. makanan pun tak boleh bawak masuk.. pastu dilarang merokok. Ada sorg tourist tu merokok on the way masuk, then kena tegur, if dia smoking lagi kena fine!.. wah.. I like that way..!!



kami berjalan sekali lagik (again??) as usual kami tiga beranak kena tinggal dengan en.zaidi.. sbb dia sibuk berborak dgn org.. pastu dia cakap nak amik port baik punyer..

jalan kami kebih kurang 1000m.. what 1 km?? pasrah...


sambil jalan slow-slow sambil amik gambar..


En. Zaidi dah siap2 tunggu kat kawasan masuk emeral pool..
"hai dear, lama ke tunggu kitorg??"
jom amik gambar kat sini..


Ni hah.. emerald pool.. hijau.. 

subhanallah.. tak tahu la mana air ni datang.. sbb en.zaidi naik juga ke atas tu.. takde pulak takungan air atau air terjun pun..



kolam dia tak dalam pun.. paras leher aku je.. lantai kolam berpasir.. pasir halus yg warna putih tu.. cuma kawasan batu tu agak licin berlumut so kena hati2 bila berjalan..


anak2 aku hantu air.. apa lagik.. terjun tiruk la...


Nasib baik pandai swim.. kami lepas kan je diorg berenang.. siap google bagai!! hahaha..


tukar port pulak.. ni kat tepi pool..
dia ada macam jeram..


ok. dah sejam lebih kat sini.. moh balik..
kat sini (luar pintu gerbang) ada kedai dan gerai makan.. so kami lunch kat sini..
byk jugak gerai org muslim kat sini.. jadi tak perlu bimbang la..

next?
Elephant treking..


naik van yg sama.. heading towards ao nang semula.. 
untuk pergi ke tempat elephant treking dan tiger temple..
kimi paling excited sbb nak naik elephant. dulu pernah pergi A Famosa resort, pastu nampak ada elephant ride tapi tak naik sebab masa nak beli tiket zahirul melalak2 sebab takut. Cet!! harap badan je besar.. hati kecik..



us..
zahirul tu sebenarnya masih takut2 jugak.. tu yg dia duduk tak menguit pun..
ok la.. sebab dari plan nak pergi masa kat Malaysia, aku dah saiko dia..



My Man..
hensome jugak u nih.. wakakkakaka..
agak panas masa ni.. gajah ni lalu kat kebun getah.. hutan.. tepi tasik.. best la..
budak siam yg ride gajah tu cakap kat kitorg " u want the elephant go into water"
dalam hati aku "what?? harus basah ni."
"No.... we don't want" hahahha..


My little man..


masa nak patah balik. bidak siam tu turun pastu offer nak amikkan gambar dr bawah.. suruh en.zaidi duduk kat kepala gajah..
so, en.zaidi pun duduk la.. kononnya dia la yg ride gajah tu bawak kami sume..



rupa2nya.. bukan setakat utk amik gambar.. en.zaidi ride gajah tu sampai ke pelantar.. hahha..
dia dok berzikir je supaya gajah ni tak naik minyak tetibe.. wakakkaka..
siap kimi cakap "mama, kenapa papa takut nak bawak gajah??"
mama "papa, sila la jawab kekkeke.."

see you then.. bye!

Salam..
Kali ini nak abadikan kenangan percutian tahun 2013 kat belog yg suam2 kuku ni.. hahaha
Kami memilih untuk bercuti ke Krabi Thailand.. orang lain sibuk beropen house kitorg dah abis mood raya.. hahhaha.. kami ke krabi 4 hari 3 malam dari 16 Aug hingga 19 Aug
Sawadee kap...

mostly semua arrange sendirian berhad, dr tiket flight, hotel, dan juga trip n xtvt kat sana..
untuk ke krabi, HANYA air asia je yg ada direct flight.. so terpaksa la kami berjemaah ke LCCT. Lama gile aku tak ke LCCT sblm 2-3 tahun ke belakang mostly naik mas atau firefly. dah macam puduraya zaman tahun 90an aku tengok LCCT ni. Cuma passanger naik flight tak naik bas je..

peringatan: entry ni ada byk gambar.. sila sediakan besen kot muntah.. kalu muntah tu tanggungjawab sendiri yek. abis tu camne? gambar yg ada dekat 600 keping.. hahaha.. tak hengat dunia amik gambar.. 





 duduk lepak kat tepi-tepi koridor LCCT.. takde kerusi langsung.. sampai 2 jam awal dr depature..


hoyeee... sudah take off.. anak2 ok je naik flight, tak meragam pun.. cuma zahirul sibuk lapar-lapar-lapar.. aku dah pre order nasik lemak pak nassir, spageti, nasik goreng.



sampai kat Ao Nang, kami beli daily tour pakage..
Ni nama dia talib, ok la.. boleh cakap kelantan.. so senang nak communicate.. kami beli 2 pakej, island hopping and natural trekking package.
transport tak payah risau sebab ada pick up and transfer to and fro hotel.


budak2 ni aku siap2 kan pakai swimming suit. budak lelaki senang je.. takde hal pakai baju mandi terus. aku pun pakai baju mandi terus. Swimming suit muslimah hokey.. jangan nak imagine yg lain.. hahaha. pastu aku pakai la t shirt besar kat luar.. trip kali ni dr rumah, naik flight sampai balik aku pakai selipar asadi je.. senang..


naik speed boat. ni check point untuk island hopping.


Pulau pertama: Koh Poda
Canteeeekkkkkk....


Ada shooting filem hindustan la pulak.. dok bergolek2 kat pasir.. hahah.. tengok sekejap je. sebab anak2 aku dah tak sabar nak terjun laut..


budak2 ni aku pakaikan life jeket. even tho' diorg pandai berenang.. tapi jarang berenang kat laut. karang dok berpaut kat aku je.. hoi.. mama ko ni pun nak jugak snorkelling tengok ikan nemo tuuu..


lepas snorkelling, naik balik speed boat. kami nak pegi pulau yg lain..
sempat en.zaidi beli jagung setongkol.. share dua badik ni..


Chicken island..
memang bentuk macam ayam..


berhenti kat tengah-tengah laut, pastu terjun snorkelling..
best!


Budak2 masa ni duduk kat dalam boat. sebab mama ngan papa nak snorkelling.. hahha.. feeling honeymoon...


masih di tempat yg sama..


tempat yg sama jugakkk..


Tup Island
berhenti makan kat sini. Food memang disediakan dalam pakej daily tour. tp make sure korang mintak makanan halal.


Dari tempat makan sila la berjalan kaki ke pulau depan nu.. melalui beting pasir..

wah.. subhanallah.. sgt best dan cantik.. air laut paras betis je.. papa dah ke depan.. aku memang kena jalan slow sket sbb jalan ngan budak2 ni..


nak bergambar ngan long tail boat.. air sgt jernih kan..


tak tahu nak letak caption apa..
subhanallah..




main pasir.. mandi laut.. baring-baring.. main pasir.. mandi laut..


sila la nikmati permandangan yg cantik ni..


cubaan untuk ambik gambar melompat.
lambat.. dah nak mendarat..


hah.. yg ni jadik.. tp lain kali kena lompat tinggi sket.


kat situ ada gua.. yg ada patung buddha baring.. aku tak amik gambar sbb jalan ke arah sana sambil2 mandi laut.. ko tengok budak kecik yg pakai life jeket tu.. tu dak zahirul.. aku biar je budak2 ni nak berlari ke.. nak bergolek ke.. nak baring ke.. 






tak boleh nak lambung zahirul tinggi2.. berat dak zahirul ni..

eh.. dah abis.. ok ni day trip ke pulau.. next day trip natural trekking pulak.. kalau sempat la..
till meet again..